Tuesday, 19 May 2015

Circle of Friends

Dalam social life in campus kan, kau dapat tengok macam-macam perangai, pelbagai ragam dan kerenah manusia-manusia berintelektual ni. Campus life jugak berpisah tiada dengan issue kawan makan kawan, kawan till Jannah lah etc. Dalam korang bergossip tentang kawan korang tu, apa kata korang check, korang ni dalam kategori mana. Saja lah aku bagi few categories yang perhaps korang dapat relate with your social life especially students. Check it out, kalau rajin.
Lintah
Pernah tengok lintah bila melekat dekat kulit? Susahkan nak buang lintah tu. Macam tu lah kau dengan kawan kau. Kawan yang jenis macam ni, asyik nak berkepit saja dengan kau 24/7. Pergi mana-mana pun mesti nak bersama. Pergi kelas, pergi shopping, pergi CafĂ©, pergi toilet. Semualah nak bersama. Sometimes orang yang tengok pun naik rimas, macam belangkas, macam twin.Kalau in campus kan, siapa yang nak ambil kau as grop member akan dapat package 2-in-1. Ambil kau dapat extra satu lagi group member, si ‘twin’ kau tu. Nampak tak penangan dia macam mana. Don’t play-play. Tapi kawan yang macam ni bagus jugak, jatuh bangun kau, dia tetap ada dengan kau, jadi backbone, jadi supporter and cheerleader. Sebab utama dia, dah nama pun rapat, mestilah apa-apa hal kau akan cerita dengan dia. Segala memories yang sweet macam cotton candy sampailah memories yang sepahit-pahit kopi akan dikongsi. Korang dua dah faham sangat perangai masing-masing, kalau melawak kasar pun tak ada lah dia nak sentap lelebih sangat. Kawan yang macam ni bagus sikit nak simpan dalam ‘friendship jar’ kau.
Touch and Go
Kawan yang jenis macam ni banyak ada dekat kampus. Kawan yang jenis cari kau bila dia perlukan something. Kalau tak ada apa-apa hal, kau pun dia buat-buat tak wujud. Invisible. You are nothing, a piece of leaf yang wondering around ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Itulah kau dimata dia di saat tidak diperlukan. Tapi disaat dia memerlukan kau especially untuk kepentingan diri dia sendiri, kau lah intan permata, intan payung, life saver, warrior di muka bumi ni. Masa tu lah handphone kau yang krik krik tu berbunyi tak henti-henti dek sebab habis semua Whatapps, Wechat, Line, Kakaotalk segala mak nenek application yang kau ada dia hantar mesej. Selagi dia tidak dapat apa yang dia mahu, selagi tu lah dia akan bugging your life. Once dia dah dapat apa yang dia nak, once again kau hanyalah dedaun yang bertaburan di jalan dan dilenyek lori, kereta dan moto. Kawan yang macam ni layak kau ikat dalam plastic dan campak dalam dustbin.
Batu Belah Batu Bertangkup
Kawan yang jenis macam ni complicated sikit. Kau kena jaga hati dan perasaan dia selalu. Kau salah cakap sikit saja, habislah kau. You’re doom! Kau on saja Fb, Twitter, Moment Wechat penuhlah dengan rintihan hati dengan apa yang kau dah buat. Kawan yang jenis sangat sensitive. Sikit-sikit sentap. Ngamlah dengan title batu belah batu bertangkup, asal sentap sikit lari masuk dalam batu belah batu bertangkup dia. Dalam konteks ni batu belah batu bertangkup refer to social medias. Kawan yang macam ni kau kena extra cautious sikit, tutur kata kau kena jaga takut terhiris, terguris, tercalarkan hati dia yang senipis kulit bawang dan sesensitif sutera. Apa yang boleh dirangkumkan dalam kategori ni ialah kawan kau tu perangai dia a bit childish, need extra attention from others dan dia rasa memang dia perlukan orang untuk look after him/her. Bersabarlah wahai hati yer.
Phantom of Opera
Kawan yang jenis macam ni, unik sikit. Kawan yang macam ni jugak boleh dikatakan as apprentice for local actor. Kalau tercalon dalam anugerah ABPH tu especially kategori Best Actor dah sah-sah dia menang. Kawan yang jenis macam ni memang pandai bermuka-muka, pandai berlakon. Depan kau cakap lain, pijak habuk pun tak berbekas kaki tu orang cakap. Belakang kau, habis luar dalam kain kau dia canang dekat orang. Belum tentu cerita yang dia canang tu betul tapi orang lain akan percaya bulat-bulat. Iyalah, pelakon terbaik la katakan. Kawan yang macam ni memang kau kena hati-hati. Dia punya power tu as a snap of his/her finger saja, kisah hidup kau boleh berubah. Dengan kelebihan yang dia ada, dia mampu yakin orang dengan cerita dia. Thus, kawan yang macam nie layak kau letak dalam botol dan hanyutkan di Sungai Klang tu.
Lampu Tidur
Kawan yang macam ni best. Dia boleh ngam dengan kau ikut situasi macam lampu tidur dalam bilik kau. Bila kau perlukan extra light, switch on the light, bila kau nak tidur, dim-kan lampu tu. Korang mungkin ada interest yang sama, that’s why korang boleh masuk, clicked together. Kawan yang jenis macam ni memang senang nak communicate. Dia pandai associate-kan issue dengan situasi. Kira macam win-win situation. Tak terlalu memaksa, tak jugak terlalu rapat. Just nice. Kawan yang macam ni kalau nak express your thought pun dia willing to hear it. Sama jugak kalau dia perlukan kau untuk dengar his/her thought on some issue, kau pun boleh bagi opinion. Apa yang korang share between each other akan diterima dengan light hearted. No hurt feeling. Kawan yang macam ni bagus kau simpan bagus-bagus dalam kocek kau.


All the categories above are my random thoughts. So sorry if ada yang terasa hati or what so ever. Secara ringkasnya disini, if kau nak kawan yang terbaik dalam hidup kau, kau kena lah jadi yang terbaik untuk orang lain jugak. Mesti korang pernah dengar ayat clichĂ© ni kan “ my friends getting lesser once I’m growing up” Konon-konon kau tu dah mature enough to differentiate between true friends and vice versa. Tapi pernah tak terpikir yang kawan kau makin berkurang sebab your own attitude, your own drama yang tak habis-habis tu?( kalau ada drama lah) Fikir-fikirkan lah ye. Kawan ni penting sebab diaorang jugak yang akan bantu kau dalam jatuh bangunnya hidup kau. Berusahalah untuk jadi kawan yang terbaik, be honest to each other, till Jannah lah korang berkawan nanti.

1 comment:

Anonymous said... REPLY

Dedaun yang dilanggar lori tu memang tak boleh blah..hahaha